♥ Tiera Bezzilium ♥: ♥ Wahai kaum hawa . Berhati-hati ♥

♥ Wahai kaum hawa . Berhati-hati ♥


22/03/2012

hey korang .peaceee :) . tengok tajuk mesti berdebar debar kan . lek rrr . jangan gelabah . tiera nak kongsii maklumat pasal kanser serviks . dia jadi kat perempuan saja tauu . ok baca tauuu. 

Kanser  serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan 
wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan 
lebih daripada suku juta kematian.. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser 
Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan 
menyumbangkan kira-kira 12 % daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita. 
Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada 
tahun 2002 sahaja , terdapat sebanyak  lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100 000 
penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes 
bagi setiap 100 000 penduduk .
Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human 
Papilloma Virus (HPV)  khususnya jenis 16 dan 18.  Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan 
kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV 
ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain.  Secara umumnya, walaupun 
kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia 
boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada  tisu di pangkal rahim dan  sebahagian boleh 
menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.  

mesti korang nak tau kan macam mana perempuan boleh dijangkiti kanser ni .. ha baca kat bawah ni . 

Menurut kajian yang dijalankan, 
jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh 
menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya  ia disebarkan melalui  hubungan seks. Kajian yang 
dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70 peratus wanita 
yang  aktif seks menjadi pembawa kepada  virus tersebut dalam seumur hidup mereka. 
Walaubagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV in tidak mempunyai apa-apa 
tanda. Namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat  jarang berlaku. Kesan yang lebih  ketara ialah apabila  jangkitan 
tersebut  berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada 
kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya 
boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian 
yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara 
berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal. 
Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh 
virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan 
diperingkat awal lagi .
Kajian yang dijalankan ke atas  lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa 
mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di 
kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV 
mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko 
pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim. 
Namun begitu seperti juga wanita, lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai 
apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di 
kalangan lelaki. Secara khususnya  virus HPV jenis 16 dan 18  tidak menyebabkan masalah 
kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti 
pasangannya. Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat 
virus ini. Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang 
selamat, setia  dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang 
mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks 
mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini. 
Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks 
yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi 
seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan 
kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan. 
Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70 peratus sahaja 
terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah Artikel ini dimuat-turun dari www.papisma.org   3
disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin 
ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang  masih belum dijangkiti virus tersebut. Oleh itu 
penggunaan hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks  iaitu 
perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada 
hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan 
oleh virus HPV tersebut. Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi 
memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian  mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi 
menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan 
risiko mendapat `kanser serviks. Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih 
perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan 
dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal 
kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, 
umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya. Ujian pap smear ini harus 
dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks  samada masih aktif ataupun 
sudah tidak melakukanya lagi. Ini  termasuklah mereka yang sudah  berpisah dengan pasangannya 
atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana  perubahan tisu yang disebabkan oleh virus 
HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser. 

Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan 
berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta  kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada 
kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang 
tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat meyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser  ini. 


 artikel ini di copy dari : www.papisma.org